Wednesday, January 28, 2009

Monday, November 3, 2008

bungkusan kecil

Hari ini......

Berbekalkan sarapan petang (lupa bangun pagi) nasi ayam depan rumah, perut aku kenyang (persoalan= kenapa bila makan kita kenyang)

Kegembiraan yang JELAS dan NYATA aku akan ke Kota Kinabalu hari ini. Tempat yang aku paling happy bila aku di sana. Kegembiraan agak kurang apabila memakan nasi ayam yang tiada cili (mula meyumpah-nyumpah si penjual nasi ayam)

Nasi ayam itu di lawan oleh FnN SEASONS krisantimum kurang manis kotak besar.RM2.00) Kegembiraan kembali pulih setelah kenyang. Dunhill menjadi rokok pilihan aku.

Nikmat......ya ALLAHHH

Sifat malas mula menguasai diri.
Seorang teman mengajak ke TNB (bayar bil rumah)
aduhhhhhhhhhhhhhhhh (dalam hati)
oke Jen jom!!! (keluar dari mulut)

Setiba di dalam kereta, kelihatan bungkusan kecil kemerah-merahan atas kerusi penumpang.
Curiga.......
Di sudut hari kedengaran suara meminta maaf, serba-salah, menyesal, rasa bodoh.

Aku menggelengkan kepala sambil menutup mata.
Yang aku idamkan.....
Inginkan......
Mahukan......
Sudah terlambat. Cili itu sudah tidak berguna lagi buat aku.






Sunday, November 2, 2008

kenapa?

BIAR LAMBAT ASAL SELAMAT.

ternyata.................
aku terlepas flight MAS dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur gara-gara terlalu mempercayai

kurang selamat
mungin aku harus guna....
SIAPA CEPAT DIA DAPAT

aku cuba 'pikat' seorang wanita idaman

ternyata................
melepas gara-gara terlalu mempercayai
mungkin aku harus kembali kepada....
BIAR LAMBAT ASAL SELAMAT

seorang teman melintas jalan,
ternyata.........

dia selamat
tp dilanggar motosikal di lane yang ke-2. Jadi....
BERHATI-HATI DI JALAN RAYA

ternyata........aku mengambil masa 3 jam dari cyberjaya ke gombak. Ingat....
MASA ITU EMAS

ternyata......
motosikal yang berada di lane yang ke-2 itu telah melanggar teman aku. maka.......
INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG

yang paling nyata
orang yang aku sayang memang tak ingat kat aku

maka ini...
kerapkan lah PASK45'..s

sekian....


pandang atas,sengetkan kepala 45'......senyum


Hidup aku tak pernah sempurna,so cara untuk aku sempurnakan hidup yang tak sempurna ini dengan pandang atas, sengetkan kepala 45'....senyum.... sayangnya perempuan kat atas ni tak senyum. dia perlukan tips-tips yang berguna...ayuhhh!! aku jelaskan.

tips-tips PASK45'..s (pandang atas sengetkan kepala 45'... senyum)
  • Sesuai di buat pada waktu malam seeloknya pukul 12:24 mlm ke atas
  • Di iringi dengan lagu nyanyian Kate Walsh, Lisa Hannigan, Damien Rice, Kings of Convenience, sajak dari Dian sastrowardoyo petikan film AADC iaitu tentang seseorang.
  • sambil melihat bintang di langit sekiranya ada (amaran keras,jangan sekali-kali mengira bintang yang anda perhatikan kerana akan menganggu perjalanan PAKSK45'...s)
  • membuat mimik muka yang sesuai dengan jalan cerita yang ada dalam PAKSK45'..s
  • pastikan tiada orang di sekeliling anda kerana anda akan menjadi bahan kutuk.terutama KAWAN(aku dah so...biarla)
  • pastikan bateri cukup untuk iPod atau pun MP3 untuk mendengar lagu-lagu nyanyian Kate Walsh, Lisa Hannigan, Damien Rice, Kings of Convenience, sajak dari Dian sastrowardoyo petikan film AADC iaitu tentang seseorang,kerana lagu-lagu nyanyian Kate Walsh, Lisa Hannigan, Damien Rice, Kings of Convenience, sajak dari Dian sastrowardoyo petikan film AADC iaitu tentang seseorang kuat makan bateri, sebab masih di cari.
  • hisap rokok kepada yang menghisap rokok,kepada yang bukan perokok aku cadangkan jangan ambil tips yang ke...??? (mana nombor??) yang ke *******.
  • goyangkan kepala mengikut tempo lagu,kepada yang lemah tempo kuarangkanlah goyang kerana buruk rupanya.
  • kembangkan mata,tetapi sekali-sekala layukan mata (bukan tutup,tapi buat macam orang baru bangun tidur tu,aku tak tahu macamana nak explain)
  • love story adalah yang paling seronok dan masih menguasai carta teratas list PASK45'..s aku ketika ini.
  • SELAMAT MENCUBA DAN HARAPAN AKU SEMOGA BERJAYA (sambil senyum)